贷款审批 -为未来的贷款申请 做 好准备好
]Membuka Akaun Semasa
Anda boleh memilih mana-mana sistem perbankan menggikut kesuaian anda,itu tidak menjadi masalah kepada saya.secara umumnya,peraturan-peraturan bagi pemegang akaun semasa semuanya sama di setiap bank.jadi,sebelum membuka akaun semasa anda perlu tahu sedikit mengenai peraturanmenggunakan akaun semasa.
Apa itu akaun semasa?
Akaun semasa ialah sejenis akaun deposit yang membenarkan pembayaran melalui cek.sebagai pemegang akaun semasa anda boleh :
Membuat bayaran menggunakan cek
Deposit tunai dan cek
Pertanyaan akaun
Pengeluaran wang
Pemindahan wang di dalam institusi perbankkan yang sama
Pembayaran bil
Pemindahan wang ke bank yang berbeza (giro)
Anda juga akan menerima penyata akaun secara percuma pada setiap bulan.penyata in merekodkan semua kemasukan dan pengeluaran wang yang anda telah lakukan bagi memudahkan anda mengira baki semasa akaun anda.
Siapa yang boleh membuka akaun semasa?
Setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza bagi pembukaan akaun semasa.secara amnya,bank akan mempertimbangkan permohonan sekiranya pemohon :
Berumur 18 tahun dan keatas
Tidak diisytiharkan muflis
Berfikiran waras dan mempunyai keupayaan mental dan fizikal untuk mengendalikan akaun dengan sempurna
Bagi pemilik perniagaan ,mereka memastikan perniagaan mereka didaftarkan pihak yang berkenan.Walau bagaimanapun,penerima atau penolakan permohonan untuk membuka sebuah akaun tertaluk atas budi bicara pihak bank
No comments:
Post a Comment