Friday 1 August 2014

SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D

                                                                     
     
                                               

PANDUAN DAN MAKLUMAT UNTUK
                                                        
 PENGENDALI BAS SEKOLAH                                                                                                                                                                                                             
 SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH (S.P.A.D)

                                                                               
   1. TUJUAN SKIM
Kerajaan mengambil berat akan keselamatan dan keselesaan murid-murid yang menaiki bas sekolah serta pemandu-pemandu bas sekolah. Sebagai suatu titik permulaan transformasi industri bas sekolah ke arah yang selamat dan berkualiti, skim penggantian ini disediakan bagi bagi membantu pengendalibas sekolah membiayai penggantian bas sekolah lama kepada yang baru.

Justeru itu, selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Pengumuman Bajet 2013, Kerajaan telah meluluskan skimbantuan bagi meringankan beban pengendali bas sekolah. Pemberian rebat sebanyak RM 10,000.00 dan bayaran kadar faedah tetap 2% ke atas pinjaman untuk menggantikan bas sekolah lama tahun kepada bas baru.

Skim ini dapat memanfaatkan pengendali yang mempunyai bas sekolah yang telah uzur dan ingin membeli bas sekolah yang baru demi menjamin keselamatan murid-murid sekolah dan juga pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, ianya juga dapat memberikan keselesaan kepada murid-murid yang menaiki bas sekolah.



2. PERLAKSANAAN SKIM
Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN dan tempoh permohonan adalah selama 2 tahun bermula April 2013.


3. SYARAT DAN KELAYAKAN MANDATORI S.P.A.D
i. Pengendali bas sekolah yang mempunyai lesen dengan S.P.A.D. bagi Semenanjung Malaysia dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak.
ii. Pengendali bas sekolah yang memiliki bas sekolah yang terpakai dan ingin tukar baru.

4. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON UBAHSYARAT KENDERAAN

i. Salinan lesen pengendali dan lesen kenderaan.
ii. Penyata kewangan yang terkini.
iii. Sebut harga kenderaan baru.
iv. Lain-lain dokumen jika diperlukan oleh S.P.A.D./LPKP.

5. BAS SEKOLAH BARU YANG DIBENARKAN

i. Bas (12 - 44 tempat duduk)

6. TEMPOH PERMOHONAN SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH
Skim penggantian bas sekolah S.P.A.D. berkuatkuasa selama DUA (2) TAHUN

mulai April 2013 dan akan berterusan sehingga April 2015.



BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

6. SYARAT & KELAYAKAN MANDATORI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 21 tahun ke atas
iii. TIDAK Bankrap
iv. TIDAK mempunyai rekod jenayah
v. Mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah
vi. Mempunyai Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti
vii. Kenderaan yang sah

7. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN BSN
i. Borang permohonan yang telah ditandatangani
ii. Salinan Kad Pengenalan pemohon 
iii. Salinan lesen memandu yang sah
iv. Salinan lesen pengendali yang sah
v. Salinan Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti Kenderaan yang sah
vi. Salinan Daftar Perniagaan yang sah
vii. 6 bulan salinan penyata Akaun / buku akaun simpanan; atau Penyata 
Tabung Haji; atau Buku ASB / ASN / ASW 
viii. Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN

8. TEMPOH PINJAMAN
i. Minima : 3 tahun
ii. Maksima : 9 tahun

9. KADAR FAEDAH PINJAMAN
i. 2.00% tetap setahun (Flat Rate)
ii. Faedah subsidi sebanyak 2.00% tetap setahun akan dibayar oleh 
Kerajaan (secara bulanan) kepada BSN 

10. PROSEDUR UNTUK MEMOHON SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH

1. Pengendali bas sekolah perlu memohon ‘ubahsyarat’ kenderaan/bas sekolah di 
pejabat S.P.A.D. bagi Semenanjung Malaysia dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak. 
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan ubahsyarat kenderaan: 
- Salinan lesen pengendali atau permit kenderaan
- Penyata bank terkini 3 bulan
- Sebut harga bas baru
- Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh S.P.A.D. bagi Semenanjung Malaysia 

dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak

2. Sekiranya berjaya mendapatkan Surat Kelulusan daripada S.P.A.D. bagi 
Semenanjung Malaysia dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak, pengendali bas sekolah 
perlu mendapatkan Surat Spesifikasi Bas Sekolah daripada pejabat teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.

3. Selepas mendapatkan Surat Spesifikasi daripada JPJ, pengendali bas sekolah boleh menghubungi syarikat pembuat bas sekolah pilihan.

4. Setelah mendapatkan Pesanan Jualan Kenderaan (Vehicle Sales Order, VSO) 
daripada syarikat pembuat bas sekolah, pengendali bas sekolah perlu memohon 
pinjaman skim penggantian ini di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional 
(BSN) terdekat.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman kenderaan: 
- Borang permohonan pinjaman yang telah ditandatangani
- Salinan Kad Pengenalan pemohon 
- Salinan lesen memandu yang sah
- Salinan lesen pengendali yang sah
- Salinan Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti Kenderaan yang sah
- Salinan Daftar Perniagaan yang sah

- 6 bulan salinan penyata Akaun / buku akaun simpanan; atau Penyata 
Tabung Haji; atau Buku ASB / ASN / ASW (Opsyenal)
- Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN

5. Pihak BSN akan memproses permohonan dan keputusan akan dilakukan dalam 

jangka masa 3-5 hari bekerja.

2. Sekiranya berjaya mendapatkan Surat Kelulusan daripada S.P.A.D. bagi 
Semenanjung Malaysia dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak, pengendali bas sekolah 
perlu mendapatkan Surat Spesifikasi Bas Sekolah daripada pejabat teknikal 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.
3. Selepas mendapatkan Surat Spesifikasi daripada JPJ, pengendali bas sekolah boleh 
menghubungi syarikat pembuat bas sekolah pilihan.
4. Setelah mendapatkan Pesanan Jualan Kenderaan (Vehicle Sales Order, VSO) 
daripada syarikat pembuat bas sekolah, pengendali bas sekolah perlu memohon 
pinjaman skim penggantian ini di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional 
(BSN) terdekat.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman kenderaan: 
- Borang permohonan pinjaman yang telah ditandatangani
- Salinan Kad Pengenalan pemohon 
- Salinan lesen memandu yang sah
- Salinan lesen pengendali yang sah
- Salinan Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti Kenderaan yang sah
- Salinan Daftar Perniagaan yang sah
- 6 bulan salinan penyata Akaun / buku akaun simpanan; atau Penyata 
Tabung Haji; atau Buku ASB / ASN / ASW (Opsyenal)
- Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN
5. Pihak BSN akan memproses permohonan dan keputusan akan dilakukan dalam 

jangka masa 3-5 hari bekerja.





No comments:

Post a Comment